Tuesday, October 9, 2012

BAJA CAIR ORGANIK IMO


BAJA CAIR ORGANIK IMO



Untuk pembaikan pokok sebagai tambahan kesuburan dan ketahanan penyakit , baja cecair organik buleh di gunakan sebagai foliar spray dan juga siraman pada media, unsur baja yang terdapat dengan bantuan microbes IMO memudahkan di serap oleh daun dan akar, microbes yang terkandung dan bahan2 lain sebagai anti penyakit di gunakan sebagai pencegahan penyakit pokok.Bahan untuk membuat baja organik atau biofertilizer spt berikut: Kadar bahan bergantung banyak mana nak di gunakan, jadi kita buleh ganda atau kurangkan ikut kadar yang di tetapkan.

1. Air kencing lembu 5 lit atau kalu air kencing sendiri pun buleh atau kombinasi, kalau tak ada buleh gunakan air baja organik pelet jenis yang baik spt Super Green Organic Fertilizer keluaran Twin Arrow Organic S/B, 1 lit di perap 2 malam dalam 5 lit air ( ganti air kencing atau campuran keduanya).
2. Setengah ( 1/2) lit air tebu fresh
3. 1 lit air gula merah dari 1 cawan gula merah
4. 5 lit air kelapa tua ( tadah kat pat proses santan),
5. 2 lit air basuhan beras ( perap 1 malam)
6. 100ml EM pure atau 200ml campuran FPJ,FFJ,FAA atau IMO2 atau 1 lit AACT pure atau 50-100gm Plantbact
7. 250gm setiap satu : lengkuas, halia, kunyit, temu lawak, cekur ( option), daun mamboo ( campur buah pun buleh)
8. 50gm kulit kayu manis dan 100 gm batang wali
9. 250gm serbuk ikan ( buleh gunakan kepala ikan bilis yang hancur2 tu )
10. jika ada rumpai laut fresh atau kering b uleh di campur sekadar 1 cawan yang di blender.
11. untuk tambahan Ca, buleh gunakan kulit telur kisar halus, atau kulit kerang bakar dan kisar.

kesemua bahan kasar tu di kisar atau tumbuk lumat, masukan dalam tong ( buleh gunakan tong sampah bertutup) masukan bahan cecair lain dan kacau biar serata dan sebati, peraplah selama 3-4 minggu, 2 atau 3 hari sekali kacau supaya serata.Penggunaannya, di tapis untuk dapatkan stok baja dan simpan dalam bekas ditutp longgar,
Untuk foliar gunakan 1:20 ( cek EC supaya tidak melebihi 2 ) dan untuk siraman 1:30, gunakan setiap 7-10 hari sekali sebagi pembajaan dan juga melawan penyakit secara NF.


BAJA ORGANIK UNTUK FOLIAR


Formula ni di gunakan secara meluas di mexico dalam NF mereka, feedback dari mereka amat baik.Penyediaannya agak simple, menggunakan bahan yang mudah,gunakan tong biru 200 lit yang ada tutup kedap udara.

BAHAN A

Bahan asas:
50 lit tahi lembu fresh ( kalu ada orang sembeleh ambil rumput separa hadam dari perut ( rumen) lembu 50 lit ( agak2 lah).

2 kg rock dust di jadikan serbuk halus ( kalu ada zeolite terbaik...di tumbuk hancur halus )

2 kg abu dari pembakaran kayu ( bukan arang tapi debu abu)

1 kg serbuk kelp > kalu tak ada gunakan rumpai laut fresh 3kg atau kering 1 kg di kisar halus)

100 lit air tanpa klorin

BAHAN B

50 lit air tanpa klorin

2 lit susu fresh ( kalu buleh dari perahan asli ...nak kena beli ngan benggali)

2 lit molasses atau gula merah 3 kg di cairkan 2 lit air

500 gm serbuk ragi ( yang buat tapai ) atau buleh guna yeast -( yang buat roti) di blender hancur ngan 2 cawan air.

1/2 lit sourdough ( bancuhkan air ngan tepung gandum dan sedikit ragi perap satu malam)

cara buat:


dalam bekas besar ( tong sampah besar) masukan 50 lit air, campur susu, campur gula merah cair, campur ragi dan campur sour dough,kacau rata2 sampai sebati.
untuk Bahan B masukan 50 lit tahi lembu dalam tong biru yang berisi 100lit airmasukan rockdust, abu kayu, dan rumpai laut, kacau biar sebati.opsen>>>>buleh gunakan serbuk kulit telur atau kerang 1/2 lit untuk dapatkan Ca, buleh tambah juga serbuk tulang 1/2 lit, darah lembu atau ayam 1/2- 1 lit, hampas soya 1 lit, ikan cincang atau perut ikan atau buangan ikan blender 1 lit ) ---opsen tu idea saya sendiri untuk tambahbaikan nutrients ).Campurkan bahan dari bancuhan B kedalam tong bancuhan A, kacau biar sebati dan serata semua.biarkan ada ruang paling kurang 6 inci dari penutup tong dan bahan.
Pada penutup drum, tebuk lubang dan pasangakan soket ( buleh guna L shape 16mm tube connector dan ruber goumet,) gunakan tube 16mm sambung kat connector, hujung satu tu masukan dalam botol mineral 1 lit di isi 1/2 air, biarkan ujung tube tenggelam dalam air, dan gantung botol tu lebih tinggi sikit dari drum, bila gas dari tong keluar, ia akan di lepaskan dalam air, jadi tak ada udara luar masuk.tutup drum biat ketat dan kedap udaraBiarkan fermentasi selama 2-3 bulan...lagi lama lagi baik, macam wine lahnak guna kacau dan tapis, campuran 1:30 untuk foliar spray dan 1:50 untuk siram media

created by muhammad abdul rahman at 1malaysia fertigation group

1 comments:

mantab. izin nyoba kang haris

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More