Sunday, September 30, 2012

Pca ( Tulang ) dan CaP ( Kulit Telur )

Penyediaan Pca ( Tulang )


Bahan-bahan ( PcA)

  1. Tulang lembu,kerbau,kambing ( yang dah disup pun boleh pakai )
  2. Dapur gas
  3. BRC ( halus ) dawai jaring macam dawai nyamuk atau dawai buat reban ayam
  4. Cuka Nipah/Cuka Asli/BRV

Cara menyediakan

    Tulang diletak atas BRC dan dibakar di atas tungku dapur ( ala dapur selalu orang waktuk kenduri )
    Bakar sampai menyala dan tutup gas dapur tadi, biarkan tulang terbakar dengan sendiri sehingga bewarna keputih2an ( nanti saya post gambar ). selepas itu disejukkan dan diletak dalam bekas. Campurkan tulang tadi dengan cuka nipah pada kadar 1;10 ( 1 kg tulang dah bakar + 10 liter cuka nipah ). Rendam tulang tadi selama sebulan untuk diekstrak unsurnya

CaP ( Kulit Telur )

Bahan-bahan ( CaP)

  1.     Kulit telor
  2.     Dapur gas
  3.     Kuali
  4.     Cuka Nipah/Cuka Asli/BRV     

Cara menyediakan


    Kulit telor disangan/digoreng tanpa minyak sampai coklat nak kehitaman sedikit...dah siap rendam dengan cuka nipah pada kadar 1;10 ( 1 kg kulit telor bakar+10 liter cuka ) selama sebulan..
        SENANG KAN...SEMUA ORANG BOLEH BUAT.SELAMAT MENCUBA
Nb.
1.    untuk memudahkan menggoreng kulit telur, di hancurkan dulu dengan menumbuk dalam lesung atau bekas sebagai penumbuk atau crusher. tindakan cuka pada kulit telur yang bersaiz kecil percepatkan extraction sebab permukaan tindakan yang luas.
2.     CaP juga di kenali sebagai Air Larutan Kasium (ALK), suatu kaedah untuk mendapatkan unsur Ca dari bahan yang mengandungi kalsium spt kulit telur, cengkerang hidupan air spt siput atau kerang atau ketam atau udang, di samping terjadinya  pelarutan kalsium, sedikit sebanyak konsep extraction chitosan dari kulu kepiting atau udang juga berlaku sewaktu proses.
3.    Kalsium amat di perlukan oleh pohon untuk kesihatan, perkembangan dan pembaikan buah, dan lain yang berkaitan.
4.    Selain kulit telur, kulit kerang juga di gunakan dengan kaedah yang sama , menggoreng dan mengahancurkan sedikit, untuk menegelakan terjadi buih yang membuak, masukkan sedikit bahan kulit tu kedalam cuka atau rice vineger .
Bahan tadi di goreng adalah untuk menghilangkan lemak2 dan juga bahan organik pada kulit, dan hanya bahan inorganic spt CaCO3 dan micro lain sahaja untuk tindakan asid.
Biasanya dalam waktu 7-10 hari atau lebih bergantung pada cuka dan saiz kulit akan hancur hasil tindakan asid, jika tidak hancur, ketepuan telah tercapai, tapis dan ambil yang tak hancur dan campur cuka lain
5.    cuka makan bukan cuka asli tapi cuka sintetic acetic acid, cuka asli di buat dari nira atau tuak atau dari beras perang yang di fermentasikan.
6.    Biasanya cuka nipah ini diperbuat daripada air nira nipah yang diperam selama 44 hari. Warna cuka sintetik jernih macam air, kalu asli keruh sedikit, lagi pun label dia tak standard macam sintetik.
7.    Blender kulit telur dan goreng. Serbuk halus tersebut saya terus tabur/gaul dalam polybeg. Boleh?? slow release? Atau buleh juga di serbukan dan gaul dalam media sevagai SRF, tapi kenalah ada microbes untuk penguraian CaCO3 ke Ca++ ( cation) untuk serapan.
8.    Penggunaan , melarutkan ALK 1:1000 untuk menberi foliar Ca, baik sewaktu transition dari vegetative ke production, sewaktu pembungaan ianya akan menguatkan bunga dan putik bunga dan buah yang baru terbentuk, spray waktu buah membesar menjadikannya berat serta beraromatik dan manis atau pedas, dan berkuliti serta tahan lama di gerai. Sewaktu spray di campur ONH, FFJ dan juga air larutan phosphate (ALP) atau PCa amat memberi peningkatan pada keharuman dan kualiti, bertambah elok jika di campur air laut 1:30 atau guna garam dapu dari peruapan air laut 1gm :1 lit air



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More