Monday, October 1, 2012

Teknik siraman fertigasi

"Saya pernah terbaca,pokok cili kulai memerlukan siraman baja 1.5liter air baja sehari drpd nota yang diberi kepada kwn saya semasa menghadiri kursus fertigasi.Apakah pandangan anda?" Demikian pertanyaan yang kawan saya ajukan.

Artinya : bergantung jenis media, umur pokok dan juga cuaca dan ec baja...bukan statik sebagaimana kata kawan tu. Kalau tengok keadaan daun pokok subjektif bergantung kepada pengalaman..begitu juga kalau kena pastikan 30% kelembapan tu..apakah panduan yang terbaik kepada penanam yang baru nak mempelajarinya...ec vs volume air baja..sebagai guideline sahaja tak tertakluk kepada faktor disebutkan tadi, tapi juga hubungan dengan umur pokok yang di polibeg.
1 L sehari/pokok (dewasa) adalah reasonable asp jika gunakan medium cocopeat + arang sekam. Kalau timun lebih lagi (air). Itu yang saya praktik sejak dulu.
Daripada pengalaman,penambahan air baja kat pokok cili kulai ni pun bukan boleh di bagi ikut makin banyak..makin bagus pokok..bagi lebih sikit..kalau silap..daun akan keras
Untuk Timun..betul perlu banyak air..tapi air baja taklah perlu banyak sangat..banyak air yang penting  Pendapat saya 600~750ml/hari adalah average isipadu air baja utk pokok cili kulai dewasa tapi apa2 pun kenalah tengok keadaan daun tu, dan kalau nak bagus lagi buat kekerapan menyiram air baja yang lebih kerap..biarlah bagi sikit2 pun..tapi banyak kali..sbb manusia pun makan sepinggan dah kenyang dah..bagi 3 pinggan mau muntah kut.
sebenarnya air yang banyak takde masalah janji air baja mestilah rendah penggunaanya. pokok akan tahan lebih lama. sebagai contoh, pokok cili saya kena penyakit mozek kesemuanya. tetapi hasilnya agak membanggakan dari hari ke hari. ada peningkatan. daun pun tak keras dan buah pun bertambah banyak.
Secara purata. Keadaan humiditi di Malaysia adalah tinggi asp tengahari. So ada sesetengah kes, terpaksa topup air kosong pd waktu 12-2pm. Utk lbh praktikal, kos baja blh dijadualkn ie pagi baja, petang air kosong. Pengalaman saya dlm ternakn kambing, pagi makanan berat ie palet, petang makan ringan (mudah hadam) akan buatkan kambing dapat optimiskan pencernaan makanan. Anyhow, pemerhatian tahap keperluan air/air baja kepada pokok adalah penting supaya pokok dpt apa yang sepatutnya dan tiada pembaziran.

sumber : 1MFG

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More